Thursday, 14 March 2013

Inilah Rupa Roti Yang Disimpan Sejak Tahun 1899 Lalu


Kebiasaannnya roti hanya bertahan hanya beberapa hari sebelum ianya berkulat dan rosak sepenuhnya..Tapi bagaimana pula rupa roti yang telah disimpan lebih daripada 100 tahun lampau? Roti ini dikatakan disimpan sejak tahun 1899  lagi dan fizikalnya masih lagi kelihatan elok walaupun rupanya agak teruk..Jom tengok roti tersebut..


Roti Ini Disimpan Sejak 1899

Pemilik roti tersebut adalah seorang lelaki bernama Terry O'Kelly..Dia menjaga roti tersebut sejak bertahun lamanya dengan menyimpannya didalam sebuah bekas kaca...Roti tersebut diperoleh daripada datuknya ketika itu..

Dilaporkan datuknya merupakan seorang bekas banduan penjara bernama Joseph Harrison..Ketika itu Joseph Harrison dibebaskan dari penjara Wandsworth di London Utara sebelum memberikan potongan roti tersebut pada Terry..

Terry kini berusia 92 tahun, ketika mendapat roti tersebut dia menjaga roti itu dengan baik..Dimasukkan roti tersebut ke dalam kotak kaca dan dijaganya dengan rapi..Hingga kini dia masih lagi menjaga roti pemberian datuknya itu ketika itu..

Terry mengaku dulu datunya sering mengeluarkan roti itu dari dalam bungkusan kertas untuk dipamerkan kepada anggota keluarganya yang lain..Baginya roti itu menyimpan pelbagai cerita selama dia merengkok di dalam dipenjara..


Entri Berkaitan: 4 Sebab Kenapa Tidak Elok Makan Roti

Jika ada yang bertanya adakah roti tersebut pernah dimakan, Terry menyatakan tidak. .'Tidak' kerana roti itu telah menjadi keras seperti batu" ujar Terry..

metro uk


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...