4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Inilah Rupa Glob Tertua Di Dunia


Klik Iklan Untuk Info



Tuesday, 27 August 2013

Inilah Rupa Glob Tertua Di Dunia



Glob tertua di dunia yang diperbuat daripada telur burung unta ini dipercayai berasal dari awal tahun 1500..

Glob ini memaparkan peta seluruh dunia, termasuk peta Amerika, negara yang baru ditemui diukir berdasarkan laluan penjelajahan Christopher Columbus dan Amerigo Vespucci..

Turut kelihatan adalah gambar raksasa, ombak dan kapal karam turut dapat dilihat pada glob tersebut menurut jurnal The Portolan...




Dilaporkan pemilik glob tersebut yang enggan dikenali membeli glob tersebut pada tahun 2012 dalam satu Pameran Peta di London..

Pakar penyelidik bebas dari Belgium, S. Missinne, menggunakan ujian penentu usia karbon, ujian tomografi komputer, penilaian dakwat, selain analisis geografi, kartografi dan sejarah untuk mengesahkan usia glob tersebut..


Melalui kajian itu, beliau mendapati glob itu dihasilkan kira-kira pada 1504 dan berkemungkinan besar dijadikan panduan oleh pembuat glob popular, Lenox..

Glob Lenox yang bertarikh 1510 itu kini ditempatkan di Perpustakaan Awam New York dan sehingga kini globe yang dipercayai di buat di Florence, Italy itu dianggap sebagai glob tertua di dunia yang turut memaparkan peta Amerika..


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist