Tuesday 29 October 2013

Cari Harta Karun Jumpa Barangan Bersejarah


Pencari harta karun menemui sesuatu yang agak unik dan hebat di dalam tanah ketika sedang mencari harta karun di dalam sebuah kawasan hutan pedalaman..Barangan bersejarah dari perang dunia kedua..




Penemuan yang memeranjatkan bagi pencari-pencari harta karun apabila menemui sebuah motosikal Perang Dunia Kedua yang tertanam di dalam tanah selama bertahun-tahun..Dijangkakan motorsikal ini berusia lebih 80 tahun ketika ditemui..

Menurut sumber web tempat barangan tersebut ditemui turut dirahsiakan..Sejarah membuktikan bahawa motorsikal yang dikenali sebagai (Krasnyi Oktyabr) L-300 atau jenama asalnya DKW Luxus 300 Rusia ini dikeluarkan pada perang dunia kedua di sebuah kilang berlesen di Leningrad (Saint Petersburg)..

Bagaimanapun, kenapa motorsikal tersebut ditemui dalam keadaan masih berdiri elok dan tertanam di dalam tanah tidaklah diketahui..Dipercayai motorsikal antik ini sukar didapati kerana dilaporkan pengeluarannya dalam jumlah yang terhad sahaja ketika itu..




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...