Tuesday 6 November 2012

Ouch.. Batu-Bata Ini Diperbuat Daripada Darah Binatang Beku


Seorang arkitek mendapat idea pelik dengan menghasilkan batu-bata yang diperbuat dari darah binatang beku yang dikumpulkan daripada rumah-rumah penyembelihan binatang !



Arkitek yang Jack Munroe ini merupakan seorang pakar dalam mereka bentuk rumah menggunakan semua jenis batu bata..

Graduan seni bina di Universiti Nottingham London ini percaya bahawa bahan binaan kontroversi beliau boleh menggantikan bata lumpur yang digunakan dalam kebanyakan negara yang kurang maju..

Munroe, 26, menggunakan kira-kira yang diperbuat daripada 30 liter darah lembu segar yang diperoleh daripada rumah-rumah penyembelihan di Sussex untuk setiap 'Batu-bata Darah'..



Beliau menggabungkan darah yang bercampur pengawet dan pasir untuk mengukuhkan batu-bata tersebut  sebelum dimasukkan ke dalam oven di mana campuran batu-bata itu dibakar selama sejam pada suhu 70C untuk menghasilkan bahan binaan itu yang stabil dan kalis air..

Munroe berkata, "tindak balas yang saya terima daripada orang kebanyakannya kagum dan jijik tetapi saya dapat rasakan bahawa bata ini mempunyai potensi yang sangat tinggi"..

Beliau merancang untuk membina sebuah rumah prototaip keseluruhan di Mesir daripada batu-bata darah binatang selepas ini..


"Di Afrika, darah digunakan untuk menjadikan bangunan lebih tahan lama..Dari segi sejarah, darah sentiasa digunakan sebagai asas dalam pengeluaran gam sehingga kepada bahan sintetik secara bersama-sama. Jadi saya tahu darah boleh digunakan..!!




2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...