Friday 9 November 2012

Terpaksa Minum Enam Gelas Susu Sehari Untuk Terus Hidup


Untuk terus hidup, dia perlu minum sekurang-kurangnya enam gelas susu dalam jangkamasa sehari untuk digantikan sabagai tenaga untuk hidup..Penyakitnya itu hanya berlaku satu dalam tiga juta orang dan dia juga perlu untuk minum susu dengan kuantiti yang lebih setiap hari bergantung kepada umurnya yang akan sentiasa meningkat setiap hari..



Holly Lindley, 9 tahun, menghidap sejenis penyakit 'Glycogen Storage Disease' yang mana dia tidak boleh menukarkan makanan yang dimakan menjadi tenaga..

Ini bermakna dia perlu sentiasa untuk minum susu yang dicampurkan dengan lima sudu tepung jagung dan sekiranya tidak minum susu itu dia mungkin akan jatuh dan terus koma..

Tepung jagung yang mengandungi kanji, bertindak sebagai pembebas tenaga secara perlahan-lahan pada waktu malam untuk membantu kanak-kanak malang itu terus hidup..

Karen, 35, ibu kanak-kanak tersebut telah membelanjakan hampir £ 2.000 dalam tempoh tiga tahun lalu untuk membeli bekalan makanan anaknya seperti susu dan dia sentiasa mengingatkan anaknya untuk terus minum setiap hari..

Karen dan suaminya Alan, 41, perlu untuk melakukan ujian darah bagi memeriksa tahap tenaga anak mereka setiap hari serta menyediakan snek coklat antara waktu makan utama...

Karen berkata: "Saya pasti hanya dia sahaja murid yang mempunyai dua 'bar choc' sebagai makanan tengah harinya sebagai makanan rutin.."



Reuters



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...