Friday 28 December 2012

Beberapa Inci Sahaja Hampir Dilanggar Kapal Terbang Pengangkut Tentera


Hanya beberapa inci sahaja pesawat tentera ini hampir melanggar beberapa orang penonton..! Saat mengerikan apabila sekumpulan penonton yang datang menyaksikan majlis meraikan pesawat tentera yang telah usang untuk kali terakhir digunakan apabila pesawat @ kapal terbang pengangkut tentera tersebut hampir terhempas dan melanggar beberapa orang penonton yang berada di tepi landasan..!




Hampir 1,000 orang datang untuk menonton pesawat pengangkut tentera yang akan melakukan pendaratan terakhir pesawat tersebut di lapangan terbang Ballenstedt di Saxony-Anhalt, Jerman..

Ia dikatakan sebagai 'penerbangan terakhir' untuk 31-tan Transall C-160 iaitu sebuah pesawat pengangkut tentera yang mana pesawat tentera itu telah mencatatkan sehingga 12,000 jam penerbangan semasa ia masih digunakan sebelum akan dipameran di Muzium Penerbangan di Wernigerode..

Bagaimanapun aksi mendebarkan berlaku apabila pesawat yang akan membuat pendaratan terakhirnya hampir terhempas dan melanggar beberapa orang penonton yang hadir..

Penonton kelihatan membongkokkan badan untuk mengelakkan diri dari maut akibat dilanggar kapal terbang pengangkut tersebut!

Pilot pesawat @ kapal terbang pengangkut tentera itu dikatakan tidak dapat melihat dengan jelas permulaan landasan kapal terbang dari kokpit dan juga beberapa orang yang sedang duduk di tepi landasan tersebut..

Penonton dipisahkan dengan maut hanya beberapa inci sahaja apabila roda pesawat tersebut hampir mengenai beberapa orang penonton yang berada di situ!

Jurucakap muzium, Madeleine Aulich, berkata, 'Syukurlah tiada siapa cedera.'..



Reuters


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...