Saturday, 5 January 2013

Cara Kira Berat Indeks Tubuh Anda (Bmi)


Cara Kira Berat Indeks Tubuh Anda (Bmi)..Ramai yang masih tidak lagi mengetahui cara sebenar dalam pengiraan jisim tubuh (BMI). Pengiraan ini penting sebagai salah satu kayu ukur kita bagi memastikan berat badan kita tidak berlebihan..
Cara Pengiraan Berat Indeks Tubuh Anda ( BMI ) | Berlebihan berat badan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi atau diperolehi (dilakukan) sendiri. Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini ialah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.

Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik.


Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi – Indeks Jisim Tubuh (BMI): Berat tubuh badan (KG) bahagi Ketinggian (M) kali Ketinggian (M)
Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda, yang mana jawapannya ialah 22.6 Mari lihat carta BMI di bawah. Sekiranya BMI anda :
* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda adalah obesiti
Klik sini untuk kira berat indeks tubuh anda online manually (BMI) sendiri !
Secara normalnya, kita perlu memastikan bahawa BMI kita mencapai antara 20-24.9 bagi mencapai tahap kesihatan jisim tubuh yang baik. Elakkan juga dari makan makanan yang mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi.. AwakSihat

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...