Saturday, 26 January 2013

Tanaman 40 Tahun Hidup Dalam Botol Kedap Udara Tanpa Air


Jika dilihat tiada yang istimewa pada tumbuhan tanam sendiri oleh lelaki tua didalam botol besar tersebut..Bagaimanapun tanaman dalam botol kedap udara ini sebenarnya sudah berusia 40 tahun dan hanya sekali sahaja ia pernah disiram dengan air sepanjang hidupnya hingga kini..


David Latimer, menjalankan eksperimen menanam tanaman yang dipanggil sebagai Tradescantia sejak pada tahun 60an lagi..Dia kemudiannya menyiramkan air buat kali pertama yang juga kali terakhir pada tanamannya itu pada tahun 1972..

Setelah 40 tahun berlalu, dia sendiri tidak menyangka bahawa tanamannya itu mampu terus hidup dengan hanya bergantung pada cahaya matahari sahaja..Dikatakan proses fotosintesis menghasilkan oksigen yang kemudiannya menghasilkan titisan air berfungsi sebagai hujan di dalam botol tersebut..

'Saya meletakkan botol ini 6 kaki berhampiran tingkap untuk mendapatkan sedikit cahaya matahari..Tumbuhan itu berkembang membesar menuju ke arah cahaya matahari' ujar David..'Saya tidak pernah membentukknya dan ia nampaknya sudah mencapai ketinggian botol itu'..

Eksperimen yang dilakukan oleh David menarik minat pekebun dan orang ramai setelah dia mendapat perhatian daripada media BBC..

Mereka cuba mengkaji bagaimana botol tersebut boleh dijadikan contoh menarik bahawa tumbuhan boleh membangunkan ekosistem sendiri untuk terus bertahan hidup..Mungkin selepas ini orang ramai boleh cuba tanam sendiri tumbuhan di dalam botol isolasi seperti yang David lakukan selain tanaman hidroponik yang sememangnya sudah terkenal..


4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...