Sunday, 27 January 2013

Pesawat Terbang Tercanggih Ini Hanya Ambil 90 Minit Dari London Ke Sydney


Sebuah pesawat terbang tercanggih di dunia akan dibina untuk mempercepatkan jangkamasa ke sesuatu destinasi yang ingin ditujui oleh penumpangnya..Dijangkakan jarak dari bandaraya London ke Sydney hanya mengambil masa 90 minit menggunakan pesawat canggih ini manakala dari London ke New York hanya 1 jam !..

Pesawat tercanggih yang dinamakan sebagai SpaceLiner hipersonik ini bergerak pada 24 kali kelajuan bunyi ini akan dibina menjelang tahun 2050..

Menurut jurutera SpaceLiner, pesawat canggih ini dilancarkan dengan bantuan cecair oksigen dan bahan bakar hidrogen roket sebelum meninggalkan wap air sebagai sisa..

Dikatakan pesawat terbang ini akan mengambil masa lapan minit untuk menuju 50 kilometer ke langit, kemudiannya dipisahkan daripada roket sebelum meluncur pada kelajuan hipersonik lebih daripada 15,000 mph.ke bumi..





Dijangkakan pesawat terbang paling canggih di dunia ini mampu mengangkut seramai 50 orang penumpang dalam satu perjalanannya dari London ke Sydney dengan mengambil masa hanya 90 minit dan akan menjadi kenyataan menjelang 2050 nanti..

Harga tiketnya pula dijangkakan bernilai sehingga ratus ribu dollar bagi setiap perjalanan..

Walaupun perancangannya masih jauh, Martin Sippel, penyelaras bagi projek SpaceLiner di Pusat Aeroangkasa Jerman percaya bahawa projek ini boleh menarik pembiayaan daripada pihak swasta dalam tempoh satu dekad..

'Mungkin kita boleh mencirikan SpaceLiner dengan mengatakan bahawa ia adalah sejenis kapal angkasa generasi kedua, tetapi dengan tugas yang sama sekali berbeza' kata Sipple..





Gambaran artis mengenai pesawat SpaceLiner yang tercanggih di dunia suatu hari nanti.

AFP



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...