Monday 28 January 2013

Gambar Puteri Diana Bertanda 'Not To Be Published' Akhirnya Dilelong


Sekeping gambar Puteri Diana yang ditandai dengan tulisan "Not To Be Published" telah berjaya dilelong kepada seorang pelabur hartanah dari San Diego..Gambar tersebut dikatakan diambil sebelum Puteri Diana berkahwin dengan Putera Charles dan bergelar Princess of Wales sedang berehat di atas katil bersama rakannya dalam satu percutian bermain ski suatu ketika dulu..

Inilah Gambar Puteri Diana yang pernah diberi gelaran sebagai wanita paling cantik di dunia suatu ketika dulu semasa muda yang berjaya dilelong pada harga USD 18,000 @ RM 54,800 ..

Menurut firma, RR Auction yang menjalankan urusniaga lelongan tersebut berkata, gambar berkenaan mungkin tidak pernah dipamerkan kepada media sebelum ini..Gambar tersebut ditandai dengan tulisan yang berbunyi "bukan untuk disiarkan" serta dibelakangnya turut kelihatan tarikh yang tertulis Febuari 1981..

Pada gambar Puteri Diana tersebut kelihatan seorang lelaki bersamanya..Bagaimanapun menurut Naib Presiden RR Auction, Bobby Livingston, beliau sendiri tidak mengetahui tentang identiti lelaki yang bergambar bersama Puteri Diana itu..

Identiti lelaki tersebut akhirnya berjaya dikenalpasti oleh sebuah akhbar Britain sebagai Adam Russell..Russell dikatakan merupakan cicit bekas Perdana Menteri Britain, Stanley Baldwin..

Diana akhirnya berkahwin dengan Putera Charles..Perkahwinan mereka dijalankan pada 29 Julai 1981 sebelum rumahtangga yang dibina bergolak sehingga mereka berpisah pada tahun 1996..


Gambar mayat Puteri Diana selepas kemalangan yang membabitkannya.. 

Puteri Diana yang merupakan ibu kepada Putera William dan Putera Harry ini akhirnya meninggal dunia selepas mati dalam satu kemalangan jalanraya bersama seorang teman lelakinya bernama Dodi Al Fayed di sebuah terowong yang terletak di Paris pada tahun berikutnya, 1997..Kematiannya dalam kemalangan jalanraya itu juga dikaitkan dengan unsur jenayah terancang dan ramai yang menyatakan bahawa dia (Puteri Diana) mati dibunuh..

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...