Wednesday, 30 January 2013

Anda Tidak Akan Percaya Bahawa Ini Hanyalah Lukisan !


Serius, mati hidup balik pun anda susah nak percaya bahawa ini sebenarnya hanyalah sebuah lukisan tangan dan bukannya seni visual mahupun gambar sebenar..Denagn hanya menggunakan pensel dan arang, artis seni ini melukis potret selebriti terkenal yang kelihatan seperti gambar / foto sebenar..!






Kelvin Okafor, 27 tahun, hanya menggunakan arang hitam dan pensil grafit untuk melukis wajah Rihanna dan Puteri Diana yang kelihatan hidup..

Setiap gambar mengambil kira-kira 100 jam untuk disiapkan dan yang menariknya Kelvin kebanyakannya melukis berdasarkan ingatan @ memori setelah melihat dan mengkaji sesuatu gambar yang akan dihasilkannya...

Kelvin Okafor

Kerja seni unik yang telah dilakukan oleh Kelvin banyak yang telah memenangi anugerah dan dipamerkan di pameran di galeri-galeri besar..

Tapi jangan terkejut, setiap orang yang ingin memiliki hasil seni lukisan Kelvin harus membayar membayar sebanyak £ 10,000 untuk setiap seni halus lukisan yang dihasilkannya..!

Tak percaya lagi ? Bukan korang je yang tak percaya, aku pun macam tak percaya sampai sekarang ni..Kalau setakat lukisan pemandangan air terjun selamba je kot..hehe..

BBC



4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...