4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Udara Segar Dijual Dalam Tin Berikutan Pencemaran !


Klik Iklan Untuk Info



Thursday, 31 January 2013

Udara Segar Dijual Dalam Tin Berikutan Pencemaran !


Anda boleh mendapatkan udara segar yang dijual di dalam tin berikutan pencemaran udara yang semakin teruk..Jika dilihat dari luarannya, ia kelihatan seperti air minuman dalam tin seperti kebiasaannya yang dijual di kedai-kedai..




Idea menjual udara segar di dalam tin mula muncul selepas udara di beberapa bahagian di utara negara China dikatakan tercemar melalui pencemaran yang semakin teruk berleluasa..

Dilaporkan udara di kebanyakan bandaraya utama di China seperti di Beijing semakin buruk berikutan peningkatan jumlah pesakit yang dimasukkan ke dalam hospital yang dikatakan berpunca daripada  masalah pernafasan sehingga memaksa ahli-ahli parlimen bersumpah untuk mengatasi masalah pencemaran itu..

Menurut pencipta udara dalam tin tersebut, Chen Guangbiao, adalah tidak mustahil untuk memperkenalkan udara segar yang dijual didalam tin seperti ini berikutan masalah pencemaran udara yang mencapai tahap terburuk sejak tahap pengukuran udara dijalankan sebelum ini katanya..

Chen turut menambah, ramai pengusaha perniagaan di China yang "mengorbankan keturunan mereka" demi keuntungan jangka pendek..Kenyataan dibuat berikutan masalah pencemaran udara yang dikatakan berpunca dari industri yang dijalankan..


Sydney Herald


2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist