Friday, 8 February 2013
Umur 25 Tapi Hilang Gigi Kerana Minum Minuman Berkarbonat
Walaupun baru berusia 25 tahun, lelaki ini kehilangan hampir kesemua giginya kerana tabiat ketagihan meminum minuman berkarbonat soda setiap hari..Hal tersebut menyebabkan dia terpaksa meggunakan gigi palsu untuk menggantikan gigi asalnya yang kebanyakannya sudah rosak ..
"Saya minum antara 6 hingga 8 liter minuman bergas..Sebagian besarnya cola (minuman berkarbonat) setiap hari," ujar William.."Hal ini menyebabkan gigi saya mula rosak selain mengalami masalah kesihatan keracunan darah yang membuatkan saya merasa sakit..
Dia yang dilahirkan di Salisbury, Adelaide, Australia ini mengaku mula ketagih minum minuman berkarbonat soda sejak mula bekerja di sektor perhotelan kerana mudah untuknya mendapatkannya minuman tersebut..
Sejak awal lagi doktor sudah memperingatkannya untuk mengurangkan tabiat meminum minuman bekarbonat tersebut tetapi dia tidak menghiraukannya..Hal itu menyebabkan dia kehilangan sejumlah besar giginya berbanding dengan gigi orang dewasa yang normal..
Bagaimanapun dia memaklumkan bahawa kesihatannya semakin pulih sejak mula menggunakan gigi palsu tersebut selain mengurangkan tabiat buruk meminum minuman berkarbonat tersebut yang boleh jejaskan kesihatan..
AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bila air campur gas CO2, air jd berasid. tu yg reput gigi tu. tambah plak kandungan gula yg tinggi. air berkarbonat lebih bahaya drpd gula-gula. skali-skala tkpe la. ataupun campur air kosong. kpekatan gula dan asid dh kurang kalauu campur air kosong 1:1
ReplyDeleteBahaya jugak kan..tu tak termasuk manis dari minuman alkohol yang orang niminum
ReplyDelete