Sunday 17 February 2013

Gambar Dan Video Meteor Jatuh Di Russia 2013


Menggemparkan apabila sebutir meteor @ tahi bintang jatuh di sebuah bandar yang terletak di Rusia sehingga mengakibatkan kecederaan sehingga lebih 1000 orang..Keadaan cemas akibat hentaman meteor yang jatuh di Bandar Chelyabinsk, Russia itu menggemparkan dunia beberapa hari lepas..Babarapa saat cemas ketika meteor tersebut jatuh menghentam Bandar Chelyabinsk, Russia 15/2/2013 yang sempat dirakamkan..






Objek yang dikenalpasti sebagai meteor @ tahi bintang itu dilihat merentasi ruang udara Bandar Chelyabinsk, Rusia pada jam 9.20 pagi pada paras ketinggian yang sangat rendah dengan kelajuan tinggi selain meninggalkan kepulan asap di kawasan yang dilaluinya sebelum jatuh terhempas dengan letupan yang sangat kuat di bandar tersebut lapor Kementerian Kecemasan Russia..

"Serpihan meteor itu jatuh ke bumi di kawasan yang kurang penduduk di wilayah Chelyabinsk," kata pejabat kementerian..


Dilaporkan ketulan meteor tersebut jatuh bersepai di atas sebuah kawasan pergunungan di tengah Rusia, Urals, dengan separuh daripada meteor tersebut terbakar di atmosfera..Hasil daripada hentaman meteor @ tahi bintang itu, tingkap-tingkap kebanyakan bangunan pecah akibat gegaran yang berlaku..kira-kira 300 bangunan dilaporkan rosak, termasuk sekolah, hospital dan bangunan kilang..

Pegawai-pegawai kementerian berkata, sebahagian meteor itu jatuh 80 kilometer dari pekan Satki, kira-kira 100 kilometer dari barat bandar wilayah itu dengan sekolah-sekolah ditutup sepanjang hari di wilayah tersebut selepas serpihan meteor menyebabkan cermin bangunan pecah 

Artikel Berkaitan: Asteroid Lebih Besar Menghampiri Bumi Selepas Asteroid 2012 da14 !

Wilayah Chelyabinsk, Russia merupakan kawasan industri utama di tengah Rusia, dipenuhi dengan kilang-kilang dan kemudahan lain termasuk loji kuasa nuklear serta pusat penyimpanan dan merawat sisa atom Mayak lapor media.. 
Agensi


Video Saat Cemas Ketika Meteor Jatuh Di Russia 2013


3 comments:

  1. http://psychotlogyc.blogspot.com/2013/02/tahi-bintang-tak-payah-nak-buat-hajat.html

    link pasal tahi binta, terjah la kejap... hehehe

    ReplyDelete
  2. kire blom jd lg la ni. 15/3/2013 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf atas kesilapan tersebut..Sudah diperbetulkan..Terima Kasih..15/2/2013

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...