Sunday, 17 February 2013

Asteroid Lebih Besar Menghampiri Bumi Selepas Asteroid 2012 da14



ASTEROID LEBIH BESAR BAKAL JATUH DAN MENCETUSKAN HURU-HARA
Sebutir asteroid terbang 27,600 kilometer dari Bumi hanya beberapa jam selepas sebuah meteorit terhempas di Pergunungan Ural di Chelyabinsk, kelmarin. Saintis berkata, ia adalah asteroid besar pertama mencatat jarak terbang paling hampir dengan bumi. Malah lebih besar daripada meteor  (tahi bintang) atau asteroid 2012 da14 yang meletup seperti bom atom di Russia boleh jatuh dari langit bila-bila masa saja dan mencetuskan huru-hara..



Saintis dan Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) AS bertegas, meteorit itu tidak ada kena mengena dengan asteroid berkenaan kerana kedua-duanya terbang dalam arah bertentangan.
Asteroid adalah objek yang lebih besar berbanding meteor (tahi bintang) dan mengujakan peminat astronomi di Australia yang menyaksikan ia berlalu tanpa membahayakan Bumi. Dikenali sebagai Asteroid 2012 DA14, objek itu berada lebih hampir berbanding kebanyakan satelit komunikasi dan cuaca di angkasa.
Asteroid itu terlalu kecil untuk dapat dilihat dengan mata kasar walaupun ketika ia berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi pada jam 2.25 petang (10.25 malam waktu Malaysia) di Lautan Hindi berhampiran Sumatera. Tempat terbaik untuk menyaksikan asteroid itu menggunakan teropong ialah di AsiaAustralia dan timur Eropah. Walaupun begitu, mereka hanya dapat melihat satu titik kecil bercahaya kerana ia bergerak pada kelajuan 28,000 kilometer sejam.
Secara bandingan, asteroid kelmarin itu dianggap kecil berbanding meteorit yang memusnahkan dinasor 65 juta tahun lalu selebar 9.6 kilometer. Bagaimanapun, saintis berkata, asteroid kelmarin masih boleh menyebabkan kemusnahan besar berdasarkan beratnya (143,000 tan) yang mampu menghasilkan tenaga bersamaan 2.4 juta tan TNT.
Dalam keadaan itu, kata saintis, ia boleh memusnahkan kawasan seluas 1,942 kilometer persegi. Nasa menganggarkan, meteor yang terhempas di Russia kelmarin jauh lebih kecil - kira-kira 15 meter lebar dan seberat 7,000 tan sebelum memasuki atmosfera. Ia bersamaan satu per tiga daripada asteroid yang terbang berhampiran Bumi kelmarin. Pegawai kanan Nasa, Jim Green, berkata kejadian kelmarin itu sangat luar biasa dan bersejarah..
Berbeza dengan dunia Holywood, tiada banyak yang dapat dilakukan ahli sains dunia mengenainya. Bagaimanapun, beberapa bekas angkasawan ingin berjuang untuk melawannya. Mereka berharap insiden kosmos secara kebetulan Bumi hampir bergeser dengan asteroid berukuran 46 meter beberapa jam selepas meteor bersaiz 15 meter jatuh di Russia akan memberi kesedaran mengenai bahaya di ruang angkasa dan mendorong tindakan diambil seperti langkah mengesan dan menjejaki asteroid yang lebih baik. 
“Selepas insiden kelmarin, ramai orang mula sedar,” kata Rusty Schweickart yang terbang dalam misi Apollo 9 pada 1969 dan membantu mewujudkan Yayasan B612 yang melindungi planet serta memberi amaran kepada NASA selama bertahun-tahun agar menyalurkan lebih banyak usaha dan wang untuk meingkatkan kesedaran mengenai asteroid. 
Bumi diancam meteor setiap masa iaitu serpihan asteroid atau komet yang menembusi atmosfera Bumi. Namun, banyak jika tidak semua terlalu kecil untuk dikesan dari jauh dengan peralatan yang ada sekarang. Meteor yang menggegarkan Pergunungan Ural dianggarkan 20 kali lebih berkuasa daripada bom atom yang digugurkan di Hisroshima pada Perang Dunia Kedua. Ia memecahkan ribuan kaca tingkap dan menyebabkan lebih 1,000 orang cedera di Chelyabinsk, bandar raya yang dihuni sejuta orang..
Malah, tiada siapa dapat mengesan kemunculannya yang dianggarkan bersaiz seperti sebuah bas. “Ia adalah asteroid yang kecil,” kata ahli astronomi Paul Chodas yang bekerja dalam program Objek DEkat-Bumi NASA di Pasadena, California.
“Ia hanya samar-samar dan sukar dikesan bukan mustahil tetapi sukar,” katanya. - AP

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...