Tuesday, 15 January 2013

Dua Buah Komet, ISON Dan PanSTARRS Akan Melintasi Bumi 2013 Ini


Dua buah komet dijangkakan akan melintasi bumi pada tahun ini..Dijangkakan pada bulan Mac dan Oktober 2013 ini kedua-dua buah planet yang diberi nama ISON dan PanSTARRS Comet akan melintasi bumi, sesuatu yang sangat dinantikan oleh semua orang..!


Comet PanSTARRS on September 4, 2012 as seen from Puerto Rico.

Komet PanStarrs ataupun dikenali sebagai komet C/2011 L4 merupakan komet yang pertama akan melintasi bumi sebelum diikuti oleh komet ISON ataupun dinamakan sebagai komet C/2012 S1 beberapa bulan selepas itu..

Komet PanSTARRS dijangkakan akan melintasi bumi dalam bulan Mac 2013 ini apabila ia berada paling hampir dengan bumi ketika itu..Komet PanStarrs ini dikatakan mungkin berpotensi untuk dapat dilihat dengan mata kasar lapor UniverseToday..PanStarrs dikatakan berada sejauh 45 juta kilometer dari matahari..!

Comet ISON as seen on 22 September 2012 through a 0.25-m reflector by the Team of observers of Remanzacco Observatory.

Ditemui tahun lepas pada 21 September 2012 oleh saintis Rusia bernama Vitaly Nevski dan Novichonok Artyom, ISON @ C/2012 S1 comet pula akan kelihatan melintasi bumi pada Oktober tahun 2013 ini..Pada ketika itu komet ISON ini dijangkakan berada 2 juta kilometer dari matahari..

Saintis telah mengkaji komet ISON ini dengan harapan bahawa komet ini boleh membantu kita memahami lebih lanjut mengenai evolusi alam semesta ini..

Apapun adalah satu perkara yang sangat menarik dan teruja untuk menunggu ketibaan 2 buah planet ini, ISON dan PanSTARRS untuk melintasi bumi tahun 2013 ini nanti..



-UniverseToday-

1 comment:

  1. tentu banyak persoalan yang sedang tarang akan terjawab nanti =D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...