Wednesday, 28 August 2013
Beli Kereta Tunai Guna 10 Kotak Berisi Wang Kecil
Seorang lelaki telah membuat bayaran berjumlah £16,000 (RM82,575) menggunakan 10 buah kotak berisi wang kertas satu yuan (RM0.54) dan juga duit syiling untuk membeli sebuah kereta secara tunai..Hal ini memang sangat jarang berlaku malah mungkin juga berbunyi sangat aneh jika berlaku dalam proses jual beli kereta..
Bagaimanapun inilah yang berlaku kepada seorang jurujual kereta apabila dia menerima seorang pembeli yang ingin membayar tunai harga kereta yang hendak dibelinya dengan menggunakan sejumlah wang kecil..!
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zhang yang juga seorang ahli perniagaan datang ke sebuah pusat automotif di wilayah Henan, China untuk membeli sebuah kereta dengan wang kecil yang dibawanya itu beberapa hari lalu..
Kesemua wang "sebundle" itu kemudiannya dibawa ke sebuah bank yang memerlukan 2 orang kerani untuk mengira jumlah keseluruhan wang kecil tersebut serta memerlukan masa beberapa jam untuk proses pengiraan sebelum proses jual beli kereta itu selesai..
p/s: ada orang yang menabung dari kecil untuk beli cincin juta-juta tau..hehehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ayat last tu epic..hahaha :D
ReplyDeletememang..haha
Delete