Sunday, 1 September 2013

Iklankan Diri Untuk Cari Jodoh


Inilah cara kreatif yang dilakukan oleh seorang lelaki bujang terlajak yang sedang mencari jodoh, pasangan hidup walaupun sudah hampir 12 tahun berusaha men cari seorang wanita untuk dijadikan isteri..


Robert Darling yang kini berusia 58 tahun yang tinggal di Bradley Beach, New Jersey, mengakui kurang bernasib baik dengan wanita walaupun sering melayari laman web temu janji, cari jodoh online dan sebagainya untuk mencari pasangan hidup..

Hal ini memaksa dia untuk "turun padang" di sekitar bandaraya New York dengan membawa papan iklan yang tertera nama, status, email, no telefon serta pelbagai lagi yang berkenaan dengan dirinya..


Tapi jangan terkejut dengan "selera" Robert Darling kerana dia hanya mencari wanita kaya yang akan dijadikan isteri..!

"saya mahukan teman hidup untuk berbual, pergi ke muzium dan konsert..Oleh kerana tidak mempunyai wang, saya perlu untuk mengahwini wanita kaya dan saya berhak mendapatkan mereka.."
Kacak: Robert Darling ketika muda

Robert Darling hanya pergi ke kawasan berpotensi untuk mencari pasangan hidup seperti di Wall Street, Times Square dan Colombus Circle dengan harapan dia akan bertemu jodoh dengan ketua pegawai eksekutif Wall Street dan mahu dijadikan isterinya..

Dia turut dilaporkan mendapat reaksi yang baik dari semua orang walaupun cara ini agak melucukan tetapi serius ujarnya..

Seorang pelancong memuji cara yang cari jodoh dilakukan oleh Robert Darling kerana dia tidak malu untuk menyatakan hasratnya serta bukan mudah untuk orang lain melakukan perkara seperti itu..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...