Monday, 2 September 2013

Fakta Menarik Tentang Tubuh Lelaki Dan Perempuan


Seperti yang diketahui, tubuh badan manusia tidak kira lelaki mahupun wanita merupakan sistem organ yang saling berkaitan antara satu sama lain..Seluruh panca indera saling memerlukan supaya tubuh badan manusia berfungsi seadanya..Namun tahukah anda bahawa terdapat fakta unik dan menarik tentang tubuh badan manusia tidak kira lelaki mahupun perempuan..

1. Tidak dapat terus hidup tanpa tidur

Tidur sama juga seperti anda memerlukan makanan tidak kira samada lelaki ataupun wanita..Ramai orang mengabaikan pentingnya tidur tanpa mengetahui bahawa sebenarnya manusia boleh bertahan hidup dengan lebih lama tanpa makanan daripada tanpa tidur.! Kebiasaannya manusia boleh bertahan untuk hidup selama satu hingga dua bulan dengan minum sahaja..Para penyelidik menyatakan bahawa dengan tidak tidur dalam jangka waktu yang panjang akan membahayakan tubuh badan kita..

2. Jumlah tulang bayi lebih banyak
Ketika bayi lahir, ia memiliki 300 tulang dalam tubuhnya..Namun, ketika bayi memasuki usia dewasa, jumlah tulangnya berkurangan menjadi 206..Hal ini terjadi kerana tulang-tulang yang lebih kecil telah bergabung untuk membentuk satu tulang yang kuat..

3. Makan boleh mempengaruhi pendengaran
Kemampuan pendengaran lelaki dan wanita akan menurun ketika jika ia makan berlebihan..Bila Anda makan terlalu banyak, maka kemampuan untuk mendengar anda turut akan menurun. Jadi, sebaiknya berhentilah jika sudah kenyang walaupun kadangkala mulut masih ingin mengunyah makanan..

4. Air mata emosional
Hanya manusia yang boleh mengeluarkan air mata kerana pengaruh perasaannya..Jika haiwan yang mengeluarkan air mata itu adalah kerana faktor semulajadi seperti kegatalan pada matanya..Jangan ingat perempuan sahaja yang cukup emosional untuk mengeluarkan air mata berbanding lelaki ya..!

5. Perjalanan darah
Setiap hari darah manusia melakukan perjalanan sejauh 96.540 km di dalam tubuh manusia tak kira lelaki mahupun wanita..!


6. Otot terkuat
Walaupun ukurannya agak relatif, tetapi sebenarnya otot terkuat pada tubuh badan kita adalah lidah, bukanlah otot-otot besar seperti yang kelihatan di tubuh badan seseorang manusia itu..

7. Bercakap
Untuk menghasilkan suara sahaja, sebanyak 72 otot diperlukan ketika bercakap..

8. Perbezaan ketinggian tubuh badan
Pada pagi hari, ketinggian tubuh badan manusia adalah satu cm lebih tinggi jika hendak dibandingkan pada  malam hari..Pelik bukan..?

9. Kelajuan bersin
Ketika dikeluarkan dari tubuh badan, bersin memiliki kelajuan sehingga memcecah hingga 160 km/jam..Dengan kelajuan bersin yang tinggi, sebaiknya ketika sedang bersin jangan menekan tubuh anda kerana perkara tersebut akan mengakibatkan kerosakan pada tubuh badan manusia..


Health 24

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...