Saturday, 25 August 2012

Video: Ibu Dukung Anak Terjatuh Ke Landasan Keretapi



Seorang wanita yang mendukung anaknya berusia empat tahun berdepan risiko maut setelah terjatuh ke landasan keretapi kerana tidak perasan terdapat jurang platform ketika berjalan di platform keretapi tersebut..






Wanita dari Massachusetts yang sedang mendukung anaknya berusia empat tahun itu terjatuh kerana menyangka bahawa keretapi betul-betul dihadapannya tanpa menyedari ada jurang platform dihadapannya..

Kejadian itu berlaku di Red Line Boston, keretapi bawah tanah, pada jam 6 petang, hari Rabu lepas..

Orang ramai yang sedang menunggu keretapi di kawasan tersebut terkejut dan dengan pantas membantu membawanya naik keatas semula sebelum kedatangan keretapi lain..

Joe Pesaturo yang juga merupakan jurucakap bagi pengangkutan Greater Boston memaklumkan bahawa kejadian itu sangat merbahaya dimana ibu dan anaknya itu boleh mati di langgar keretapi yang akan datang tetapi juga berhadapan risiko kejutan elektrik sekiranya dia tersentuh rel ketiga yang mempunyai 600 voltan elektrik yang sedang mengalir..


VIDEO

AFP

5 comments:

  1. bahaya nih.. kalu kena 600v leh mati..

    ReplyDelete
  2. ish bahaya! maybe ibu tuu tengah berangan kot. haha.

    p/s : nasib baik laa tak kena langgar :)

    ReplyDelete
  3. Bello blog! Abrazos desde Uruguay!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...