Sunday, 2 September 2012

Bahaya Meletakkan Minuman Bergas Coke/Coca-Cola Dalam Freezer Peti Ais


Beginilah nasib yang terjadi kepada seorang kanak-kanak selepas membuka tin minuman bergas Coke/Coca-Cola yang meletup selepas dia meletakkan minuman tersebut di dalam pembeku/freezer peti ais di rumahnya..


Budak lelaki dari China ini terpaksa menerima sebanyak 38 jahitan di mukanya selepas tin minuman "coke" tersebut meletup secara tiba-tiba..

Gas karbon dioksida di dalam tin akan bertindakbalas dipaksa untuk keluar ketika di bekukan..Hal ini menyebabkan "letupan" mampu dihasilkan sekiranya tin minuman bergas tersebut dibuka..

Budak lelaki itu dikatakan meletakkan tin minuman Coca-Cola tersebut kedalam peti sejuk beku/freezer di rumahnya untuk mempercepatkan penyejukan air minuman tersebut yang bagaimanapun akhirnya tindakannya itu ternyata salah walaupun ideanya bagus..

Ibu kanak-kanak malang tersebut telah menyebarkan gambar kemalangan yang menimpa anaknya itu di laman sosial untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya meletakkan minuman bergas di dalam peti sejuk buku/frezeer selepas kejadian yang menimpa anaknya itu..


p/s: yang diluar tu jangan berani-berani mencuba perkara seperti yang dibuat oleh budak ni..


AFP

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...