Monday, 3 September 2012

Pertandingan Sayur-sayuran Gergasi Dunia



Tukang kebun dan petani dari seluruh dunia telah turun ke bandar Somerset untuk menyertai pertandingan sekaligus cuba memenangi pertandingan untuk dinobatkan sebagai raja sayur-sayuran terbesar, terpanjang dan terberat di dunia..


Orang ramai mengunjungi Shepton Mallet untuk melihat pelbagai jenis sayur-sayuran gergasi yang di pamerkan di pertandingan tersebut kelmarin..  


Labu gergasi ini dibawa oleh pemiliknya iaitu Dave Thomas ke dalam arena sebelum pertandingan menggunakan forklift..


Ian Neale dari Newport bersama dengan timun gergasi berwarna orennya..


Peter Glazebrook bersama tanamannya iaitu ubi berakar terpanjang yang memegang rekod dunia sepanjang 18.5 kaki..



Seorang kanak-kanak berdiri memandang salah satu daripada kobis gergasi di pertandingan tersebut..


FACT:
Sebanyak 204 jenis sayur-sayuran telah dipamerkan ketika pertandingan itu berlangsung..

Diantaranya seperti kentang, timun, salad, kobis, tomato, labu dan pelbagai jenis tanaman lagi..

Untuk tahun ini hanya ubi dengan akar terpanjang berjaya memecahkan rekod dunia..!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...