Tuesday, 4 September 2012

Pemain Bolasepak Mati Selepas Menjaringkan Gol



Pemain bolasepak ini mati selepas empat minit perlawanan dalam satu pertembungan bolasepak divisyen dua sebuah liga Ahad lepas..


Victor Brannstorm, 29 tahun, pemain bolasepak kelab Pitea, Sweden disahkan mati diserang sakit jantung ketika sedang bermain bolasepak menentang kelab Umedalen di atas padang..

Dia dikatakan terduduk dan rebah diatas padang dimana jururawat dan petugas kesihatan dengan segera memberikan bantuan pernafasan kepadanya lapor sebuah akhbar tempatan, Norrlandska Socialdemokraten..

Brannstrom, yang sebelum ini bermain untuk Helsingborgs dalam liga Sweden, telah bersara daripada sukan bolasepak pada bulan Januari lepas selepas mengalami masalah (sakit jantung) yang sama tetapi kembali bermain bolasepak semula apabila ujian menunjukkan beliau tidak mempunyai masalah jantung yang serius..

Pihak hospital sedang melakukan "post-mortem" untuk mencari punca sebenar kematiannya..

"Ia adalah begitu tragis. Ini adalah perkara yang paling sukar yang saya alami," kata  naib pengerusi Pitea, Christer Berglund..

EuroSport

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...