Thursday 6 September 2012

McDonald Akan Membuka Restoran Vegetarian Pertamanya


Buat pertama kalinya McDonald akan membuka restoran "vegetarian" pertamanya di dunia..Restoran McDonald yang akan dibuka ini tidak akan menyediakan menu seperti kebiasaannya..Menunya mudah iaitu McDonald yang tidak lagi berasaskan daging..!


McDonald telah merancang untuk membuka 2 restorannya yang tidak akan menyediakan makanan berasakan daging tetapi masih mengekalkan ayam dalam menunya di India tahun hadapan di 2 bandar iaitu  Amritsar dan sebuah lagi bandar iaitu Katra..

Rancangan untuk membuka restoran McDonald "vegetarian" pertama di dunia itu setelah mengabilkira faktor keagamaan yang dianuti oleh kebanyakan penduduk di negara tersebut..

Di Amritsar misalnya, penduduk di kawasan bandar tersebut majotitinya beragama hindu dan sikh yang tidak memakan daging lembu yang dianggap suci oleh mereka..Amritsar dikatakan sebagai salah satu bandar suci oleh penganut Sikh sementara Katra pula merupakan tempat peganut Hindu melawat sebuah tempat yang dianggap sebagai makam Vaishno Devi di kawasan pergunungan disana..

Buat masa ini McDonald mempunyai lebih daripada 250 buah restoran di India dan mereka merancang untuk menambah lagi restoran McDonald disana akhir 2014 lapor sebuah akhbar tempatan di sana..


4 comments:

  1. konfem aku xkn pergi..hehe (xsuka sayur)

    ReplyDelete
  2. wa, bgs utk sesape yg vgtarian kan..

    ReplyDelete
  3. kalau buka kat india masyuk la jugak.. kalau kat sini tah ada yang nak pergi ke tak kat situ haha

    ReplyDelete
  4. bukan vegeterian pon..tak ada daging lembu je..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...