Tuesday 11 September 2012

Seluar Dalam Elvis Presley "Rock and Roll" Dilelong..


Seluar dalam milik Raja 'Rock n Roll' Elvis Presley telah dilelong dalam satu lelongan minggu lepas..Seluar dalam yang tidak dicuci itu telah dilelong bersama-sama dengan lebih daripada 100 jenis barangan  Elvis memorabilia yang mana kesemuanya dimiliki oleh pengumpul tunggal dari British di Omega Auction  Stockport..Bagaimanapun seluar dalam tersebut tidak berjaya dilelong..!



Seluar dalam putih kebiruan itu telah dipakai di salah satu konsert pada tahun 1977..

Bagaimanapun kekecewaan pada lelongan di Manchester minggu lepas apabila seluar dalam Alvis Presley itu tidak mendapat pembeli..! Walaupun dilelong pada harga £5000, tiada pembida untuk harga yang di tawarkan itu..!!


 Kitab Injil yang dahulunya dimiliki oleh raja 'Rock and Roll' itu berjaya dijual pada harga lelongan £59.000..





Bagaimanapun sebuah kitab Injin milik Elvis Presley berjaya dijual pada lelongan tersebut..Kitab tersebut telah diberikan kepada Elvis oleh pakciknya dan makciknya pada Krismas pertama di Graceland pada tahun 1957..

Ia telah digunakan oleh superstar itu sehingga dia meninggal dunia pada 16 Ogos 1977..Dalam kitab Injil tersebut mengandungi nota fikiran, tulisan tangan dan beberapa penjelasan dari Elvis Presley..

Kitab Injil tersebut telah berjaya dilelong pada harga £59.000 kepada seorang lelaki Amerika yang tinggal di UK..


Reuters

p/s: ada ke orang yang nak seluar dalam tak dicuci nie ye?


6 comments:

  1. pun boleh seluar dalam utk dilelong...mcm mana tau tuu betul2 sluar dalam elvis? ntah2 orang lain punya..

    ReplyDelete
  2. Ada-ada saja, celana dalam kotor dilelang, walaupun itu milik bintang legendaris, bukan barang yang tepat untuk dikoleksi.

    ReplyDelete
  3. erk - apa da...seluar dalam pun boleh jadi bahan lelongan..

    ReplyDelete
  4. ish ish ish sgt tak menyelerakan... nasib xde yg beli hihi

    ReplyDelete
  5. spender pun nk lelong...fanatik btul mat salleh ni..nauzubillah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...