Monday 15 October 2012

Skydiver Felix Baumgartner Berjaya Membuat Terjunan Dari Angkasa Red Bull Stratos 15 Oktober 2012



Hari ini Felix Baumgartner seorang penerjun bebas dari Ausrtia berjaya melakukan terjunan supersonik memecahkan rekod dunia pada lebih kurang jam 11 tadi waktu tempatan dari angkasa selepas terjunan asalnya sebelum ini dibatalkan..Dia yang menaiki belon raksasa Red Bull Stratos telah selamat sampai ke bumi dari ketinggian 127,718 kaki dan menjadi manusia pertama terjun dari ketinggian tersebut..!! Jom tengok gambarnya..


 Semasa pelancaran belon untuk berlepas ke angkasa


 Felix menanti dengan penuh debarah sebelum terjun ke bumi

Pada ketinggian tertentu sebelum melakukan terjunan


Diawasi oleh pegawai bertugas sebelum melakukan terjunan

Felix ketika hendak melakukan terjunan





Pendaratan berjaya dilakukan dengan sempurna oleh Felix Baumgartner

Felix diraikan sebaik saja berjaya menjejakkan kaki ke bumi


Terjunan hanyalah mengambil masa 4 minit lebih sahaja untuk sampai ke bumi walaupun mengambil masa hampir 2 jam untuk ke angkasa tadi dengan kelajuan supersonik 1000km/jam.

Sebelum ini terjunan Felix Baumgartner untuk memecahkan rekod dunia terpaksa dibatalkan atas faktor cuaca yang tidak menentu (angin)..Lihat entry sebelum ini Live: Terjunan Dari Angkasa Oleh Felix Baumgardner..

Ini merupakan percubaan kedua Felix Baumgardner Red Bull Stratosphere yang telah berjaya dilakukan dengan sempurna sebentar tadi..Felix Baumgardner menjadi manusia pertama terjun pada ketinggian paling tinggi di dunia..

Terjunannya itu telah memecahkan rekod dunia sebelum ini dan mencipta rekod dunia yang baru..!! Tahniah Skydiver Felix Baumgardner Red Bull Stratos..!!

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...