Wednesday, 27 February 2013

Hotel Mewah Ini Asalnya Sebuah Penjara Yang Menyeramkan !


Jika menyebutkan tentang penjara, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah sebuah tempat yang seram dan menakutkan..Namun ada sebuah hotel mewah yang merupakan sebuah bekas penjara dan penjara ini pernah memegang gelaran antara penjara yang paling menyeramkan suatu ketika dulu..





Terletak di Bandar Roermond, Belanda, hotel mewah yang dikenali sebagai bekas Penjara Het Arresthuis itu dahulu berperanan sebagai penjara mulai tahun 1862 sehingga abad ke 20..Kemudian penjara itu dibuka kembali pada 2002 namun ditutup 2007 untuk pembangunan hotel mewah tersebut..



Uniknya, walaupun telah menjadi hotel mewah, rekaan asli senibina penjara itu tetap dipertahankan dengan sedikit sahaja pengubahsuaian dilakukan..

Sebanyak 105 buah bilik bekas banduan ditempatkan diubah menjadi 40 buah bilik hotel yang luas..Bilik-bilik tersebut terbahagi kepada 24 bilik standart, 12 bilik deluxe dan 4 suit yang kesemuanya memiliki perabut dan rekaan yang elegan..Setiap bilik turut dilengkapi dengan TV skrin besar, internet Wi-Fi, mesin pembuat kopi atau teh dan juga sauna. .







Bagaimanapun, bekas penjara bernama Het Arresthuis tetap mengekalkan pintu-pintu sel seperti asalnya cuma warna catnya diperbaharui untuk kelihatan lebih menarik..Lobi hotel turut menggunakan lorong sel penjara dengan dihias sofa cantik untuk lebih elegan..Pengunjung boleh menikmati perubahan suasana yang menarik itu sehingga sama sekali tidak terasa bahawa ia sebenarnya merupakan sebuah bekas penjara yang menyeramkan..


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...