Saturday 2 March 2013

Berani Mati: Aksi Terjun Udara Guna Payung !


Aksi berani mati itu dilakukan  Erik Roner, pada hari Khamis (28/2/2013) dengan melakukan aksi terjun udara menggunakan payung dan bukannya paracut @ payung terjun seperti kebiasaannya..!



Dia turut merakam video ketika sedang melakukan terjun udara menggunakan payung itu ke YouTube yang berjudul "Roner Vision"..

Dengan memegang erat batang payung berukuran besar dengan rangka yang payung yang cukup kuat tersebut, Erik, seorang pemain ski profesional, terjun! Namun di tengah penerjunan itu, tiba-tiba payung tersebut terbalik dan rosak..Akibatnya dia terpaksa menggunakan payung terjun sebenar yang sudah ia disediakan sejak awal sekiranya kejadian tidak diingini berlaku.. 

Erik mengaku mencuba aksi terjun menggunakan payung ini untuk membuktikan bahawa cerita kanak-kanak berjudul " Mary Poppins "..DIa ingin tahu kebenaran tentang payung yang dikatakan mampu mengurangkan kelajuan jatuh ketika digunakan untuk terjun seperti yang dilakukan mary poppins dalam cerita itu. .





Watak Marry Poppins yang popular di suatu ketika dulu

Ini bukan aksi berani mati pertama Erik..Dia sememangnya mempunyai hobi pelik melakukan aksi-aksi ekstrim..Semua aksinya selama ini telah dikumpulkan dalam sebuah tajuk  "Roner Vision"..New York Times pernah menulis artikel tentang Erik yang menceritakan tentang lokasi paling popular untuk melakukan terjunan udara / sky diving..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...