Friday 1 February 2013

Kasihan: Sekolah Bawah Jambatan Untuk Pelajar Miskin


Beginilah keadaannya "sekolah" tempat belajar untuk kanak-kanak miskin yang tidak mampu untuk ke sekolah..Kerana kemiskinan, mereka hanya mampu untuk mendapatkan pendidikan percuma di bawah jambatan berbanding dengan kanak-kanak lain yang masih mampu untuk ke sekolah !



Rajesh Kumar Sharma, 40, dari New Delhi, India, membuka sebuah sekolah sementara di bawah sebuah jambatan untuk beliau mengajar kanak-kanak dari kawasan miskin di bandar ini yang juga terlalu miskin untuk menghadiri sekolah biasa seperti kanak-kanak lain..

En Sharma bukanlah merupakan seorang guru yang sebenar..Dia mengendalikan sebuah kedai di kawasan bandar tetapi setiap dua jam sehari dia akan meninggalkan kedainya itu kepada saudaranya untuk mengajar di bawah sebuah jambatan metro di Delhi yang dijadikan sebagai 'sekolah'. !

Dilaporkan berpuluh-puluh kanak-kanak dari keluarga yang terlalu miskin datang ke sini setiap hari untuk belajar percuma dan anda tidak akan rasa ini merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk proses pendidikan yang dijalankan..



Di sini, tiada dinding atau meja, hanya jambatan bertindak sebagai bumbung yang melindungi daripada cuaca panas mahupun hujan sementara dinding jambatan dicat warna hitam untuk dijadikan sebagai papan hitam..!

Kebanyakan kanak-kanak yang belajar di sekolah ini berusia 4 hingga 12 tahun..Mereka diajar subjek  matematik, membaca dan juga asas untuk menulis sebagai persediaan masa depan untuk kemasukan ke sekolah Kerajaan sekiranya berkemampuan..

Daripada 140 orang kanak-kanak yang belajar di bawah jambatan tersebut beberapa tahun yang lalu, 70 orang daripadanya sudah berjaya mendapatkan tempat untuk belajar di sekolah-sekolah kerajaan..

"Mereka masih datang ke sini setiap hari..Saya berjaya untuk memastikan mereka mendahului kurikulum sekolah mereka" ujar En.Sharma kepada India Express..

Bermula 20 tahun lalu, Rajesh Kumar Sharma datang ke New Delhi untuk menuntut ilmu..Dia bagaimanapun terpaksa memberhentikan pengajiannya dalam Business School ketika tahun ketiga pengajiannya disebabkan masalah kewangan..

Episod duka tersebut memaksa dia untuk tidak mahu melihat sesiapapun yang mempunyai nasib yang sama sepertinya..Dia mula mendapat idea untuk membuka sekolah bawah jambatan setelah melihat ramai kanak-kanak miskin bermain dalam lumpur dan bukannya mendapat pendidikan yang sepatutnya..

Sejak itu dia mula  memutuskan untuk melakukan sesuatu untuk kanak-kanak malang tersebut sehinggalah dia sendiri membuka dan menjadi guru di "sekolah" tersebut..

"Saya faham bahawa kerajaan tidak boleh membina sebuah sekolah di sini sekarang, saya tahu mengenainya..Tetapi saya pernah bermimpi kita akan mendapat sebuah sekolah kecil di mana semua kanak-kanak yang tinggal di sini boleh belajar'..Semoga hari tersebut akan tiba nanti..kata Rajesh..

Entri Berkaitan: Terlalu Ramai, Dimana Penduduk India Buang Air ?

Dia percaya, pendidikan adalah senjata yang paling penting untuk kanak-kanak di India dan jika mereka tidak mempunyai pelajaran, mereka akan terus susah..Itulah sebab utama mengapa dia sanggup mengajar kanak-kanak miskin di sini..Pendidikanlah yang mampu merubah nasib mereka..Di Malaysia pula, ramai yang ke sekolah tapi panjat semula pagar untuk lari sekolah..haha



2 comments:

  1. Apa boleh buat...dah naseb dia...baek kt bawah jambatan...klu kat atas tkde ke sesak plak jalan raya...betul tk?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...