Friday 26 April 2013

Wanita Tercantik Di Dunia Tahun 2013


Wanita tercantik di dunia 2013..Menurut undian yang dijalankan oleh majalah People, wanita paling cantik di dunia untuk tahun 2013 merupakan seorang aktress Hollywood terkenal iaitu Gwyneth Paltrow..


Aktress berusia 40 tahun tersebut menyingkirkan beberapa nama calon di dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah People untuk menobatkan Gwyneth Paltrow sebagai wanita paling cantik di dunia untuk tahun 2013 ini..

Ketika di rumah, saya hanya memakai seluar jeans dan juga t-shirt sahaja serta tidak mengenakan sebarang make-up sama sekali..ujar Paltrow kepada People..

Menurut Paltrow, latihan rutin yang dilakukan setiap hari merupakan senjata utama untuk dirinya kelihatan sihat dan nampak muda sentiasa..


Dia yang pernah berkahwin dengan Chris Martin yang merupakan vokalis kumpulkan rock Coldplay mempunyai dua orang anak iaitu Apple, 8 tahun dan juga Musa, 7 tahun..

Selain Paltrow, majalah People kelmarin turut menyenaraikan beberapa lagi nama selebriti yang juga wanita tercantik di dunia tahun 2013 ini antaranya ialah Amanda Seyfried, Jane Fonda, Kelly Rowland dan juga Halle Berry..Sementara itu wanita tercantik di dunia pada tahun 2012 pula di nobatkan kepada Beyonce..


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...