Tuesday, 10 September 2013

10 Hukuman Mati Paling Kejam Di Dunia


1) Ditanam Hidup-hidup

Hukuman ini telah digunakan kepada individu ataupun secara kelompok.Mangsa biasanya diikat dan kemudian ditempatkan dalam sebuah lubang dan ditanam. Salah satu yang paling terkenal adalah pembunuhan ketika Perang Dunia II semasa tentera Jepun menanam hidup-hidup warga China.Tahukah anda berapa mangsa yang ditanam hidup-hidup ? Mengikut info,hampir 10,000 orang telah ditanam hidup2 dalam tanah!



2) Snake Pit

Ini adalah salah satu lagi bentuk Penyiksaan yang boleh dikatakan kejam dan ngeri. Mangsa dilemparkan ke dalam lubang dalam dengan ular berbisa.Beberapa pemimpin terkenal dikatakan mati dengan cara ini termasuklah Ragnar Lodbrok, panglima perang Viking, dan Gunnar Raja Burgundi.


3) Cakar Sepanyol

Penyiksaan ini umumnya digunakan di Eropah selama Abad Pertengahan. Digunakan untuk merobek kulit mangsa, senjata ini boleh robek melalui apa pun, termasuk otot dan tulang.Mangsa diikat telanjang, kadang-kadang di depan umum.Bentuk penyiksaan ini biasanya dimulakan pada tungkai kaki dan hanya menyiksa leher dan wajah saja.


4) Dihiris Perlahan Lahan

Ling Chi, diterjemahkan sebagai “lambat mengiris” atau “kematian yang masih tersisa” itu digambarkan sebagai kematian dengan seribu luka. Penyiksaan seperti ini bermula pada tahun 900 M sampai tahun 1905, bentuk penyiksaan dengan cara ini perlahan-lahan membuat luka dan menghilangkan beberapa bahagian tubuh, memperpanjang hidup mangsa penyiksaan selama mungkin.


5) Dibakar

Kematian dengan membakar telah digunakan sebagai suatu bentuk hukuman mati selama berabad-abad dan sering dikaitkan dengan kejahatan seperti pengkhianatan dan sihir. Sekarang ini dianggap sebagai hukuman yang kejam.Sebelum abad ke-18, yang dibakar pada tiang panjang adalah amalan umum.Mangsa diikat dan dibakar dihadapan orang ramai yang menyaksikan hukuman ini.


6) Necklacing

Hukuman ini banyak dilakukan di Afrika Selatan.Necklacing masih sangat umum hari ini. Necklacing dimasukkan pada mangsa dan lengan, dan kemudian dibakar menyebabkan tubuh akan berubah.


7) Dipijak Gajah

Di Asia Selatan dan Asia Tenggara,Gajah telah menjadi bentuk hukuman mati selama ribuan tahun.Haiwan in dilatih untuk melaksanakan dua cara. Perlahan-lahan, dalam cara yang panjang, menyiksa atau menghancurkan hingga mangsa mati dengan sekelip mata.


8) Guillotine

Guillotine adalah salah satu bentuk penyiksaan yang paling terkenal .Terdiri dari pisau tajam diikatkan pada tali, kepala mangsa diletakkan di tengah-tengah bingkai dan kemudian pisau dijatuhkan dan menyebabkan orang yang dipenggal mati serta merta!


9) Digantung, ditusuk, dan dicincang

Hukuman ini biasanya dijalankan kepada seorang pengkhianat di Inggris. Mangsa akan digantung, ditarik dan dipotong-potong pada abad pertengahan. Hukuman ini telah dihapuskan pada tahun 1814.

Prosesnya hukuman ini dijalankan :

a)Mangsa diseret pada bingkai kayu yang disebut rintangan ke tempat penyiksaan akan dijalankan.
b)Mangsa digantung dengan leher untuk waktu yang singkat sampai hampir mati.
c)Isi perut dan alat kelamin mangsa dibakar. Akhirnya, tubuh terbelah menjadi empat bahagian yang terpisah dan selepas itu kepala mangsa akan dipenggal!


10) The Brazen Bull

The Brazen Bull dikenali juga dengan Banteng Sisilia merupakan salah satu bentuk penyiksaan paling kejam. Dimulakan di zaman Yunani kuno, kuningan padat dilemparkan ke dalam bentuk banteng kosong, dengan pintu di bahagian samping yang terbuka dan terkunci.

Untuk memulakan penyiksaan, mangsa ditempatkan dalam bekas kuning dan api telah dinyalakan dibawahnya. Api logam dipanaskan hingga benar-benar kuning, menyebabkan mangsa di kukus sampai mati.Bekas itu direka sedemikian rupa supaya jeritan mangsa akan terdengar seperti muzik.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...