4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Bina Peti Surat Berbentuk Pistol Gergasi Kerana Terlalu Obses


Klik Iklan Untuk Info



Monday, 9 September 2013

Bina Peti Surat Berbentuk Pistol Gergasi Kerana Terlalu Obses


Kerana terlalu obses dan minat yang mendalam terhadap pistol, lelaki ini membina sebuah peti surat gergasi berbentuk revolver.44 Magnum untuk menyatakan kecintaannya pada pistol..

Lelaki bernama Roger Buchko, 49, yang tinggal dibandar Lopatcong, New Jersey, menghasilkan pistol ciptaannya itu berdasarkan pistol Smith & Wesson yang dimilikinya dengan mengambil masa beberapa jam selama empat bulan untuk memyiapkannya..

Peti surat berkenaan berjaya disiapkan dua minggu lalu dan sejak itu semua surat yang diterima dimasukkan menerusi muncung pistol berkenaan..

Idea untuk membina peti surat berbentuk replika pistol besar itu muncul selepas dia melihat rekaan serupa pistol di internet sebelum menterjemahkan kepada seni..


“Ia hanya projek peribadi saya,” kata Buchko.

Tempat meletak peluru pistol berkenaan yang boleh dipusingkan dibuat daripada kayu sementara pemegang dan larasnya daripada paip PVC..

Menurut reaksi yang diterima setakat ini, peti surat pistol miliknya itu menerima reaksi positif dari ramai orang dan dilaporkan sekurang-kurangnya 500 orang sudah mengambil gambar peti surat kreatifnya itu..

“Mereka sukakannya. Tidak ada yang memberi reaksi negatif, kecuali seorang yang melontar telur pada peti surat saya itu,”

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist