4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Kerana Tidak Menjual Ayam KFC Kepadanya: Lelaki Mengamuk


Klik Iklan Untuk Info



Friday, 21 September 2012

Kerana Tidak Menjual Ayam KFC Kepadanya: Lelaki Mengamuk


Seorang lelaki merempuh keretanya pada tingkap restoran makanan segera KFC dan mengancam pekerja KFC tersebut dengan tiang besi sebelum merosakkan kereta polis kerana pekerja KFC enggan menjual ayam goreng kepadanya..



Hugh Brown, 50, didakwa atas kesalahannya dimana dia mula mengamuk selepas hajatnya untuk mendapatkan ayam goreng terbantut kerana tidak dijual oleh pekerja KFC tersebut..

Pada hari kejadian, dia datang ke KFC tersebut untuk membeli 1 'bucket' ayam goreng tetapi pekerja KFC tersebut memaklumkan kepadanya bahawa restoran KFC tersebut telah ditutup 20 minit awal sebelum kedatangannya..






Rakaman cctv menunjukkan dia melakukan kesalahan tersebut di Corby, Northants, pada jaml 11.20 malam pada 22 Mac lalu..

Dia telah merempuh tingkap restoran KFC tersebut sebelum berlari kearah pekerja KFC dengan memegang bingkai besi tingkap yang dirempuhnya sambil menjerit dan melemparkan besi tersebut kepada pekerja tadi sehingga pekerja yang ketakutan berlari menyelamatkan diri..

Selepas kejadian itu di juga telah memecahkan sebuah kereta polis di kawasan lain sebelum berjaya ditangkap pihak berkuasa..

"Sepanjang insiden ini, anda telah telah dilihat ketawa dan dalam keadaan pelik".."Anda juga sangat bertuah tiada siapa yang cedera parah" kata hakim..

Brown dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun juga telah diharamkan memandu sehingga September 2018..!

p/s: teringat kejadian yang sama di ICT Shah Alam dulu..


AFP

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist