Friday 21 September 2012

Pengemis Ditempatkan Dalam Sangkar Kurungan Seperti Zoo

 
Satu festival keagamaan yang diadakan di sebuah tempat telah menyediakan sangkar kurungan seperti di dalam zoo untuk menempatkan peminta-peminta sedekah yang berkeliaran di kawasan sekitar..Kebanjiran peminta-peminta sedekah ini menyebabkan penganjur terpaksa menempatkan mereka di dalam sangkar..



'Tahun ini kami memutuskan kita tidak akan menerima lagi pengemis untuk berkeliaran di mana-mana, ini akan menjejaskan acara," jelas penganjur..

Pelawat merasa sangat tidak selesa dengan kebanjiran pengemis yang sangat ramai serta mengganggu mereka dan kami mengambil tindakan dengan menyediakan sangkar untuk menempatkan pengemis-pengemis yang berkeliaran..



Penganjur festival keagamaan di selatan China tersebut memberikan kata dua kepada pengemis yang berkeliaran samada masuk kedalam kurungan atau mereka terpaksa meninggalkan tempat tersebut sekiranya ingkar..

Orang ramai juga dilihat memberi makanan serta minuman selain menderma kepada pengemis melalui besi  sangkar tersebut..


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...