Friday 7 December 2012

Kubur Unik Di Tengah-tengah Projek Perumahan


Kerana tidak mahu menerima pampasan yang diberikan oleh pihak pemaju, kubur unik ini terpaksa dibiarkan ditengah-tengah kawasan projek pembangunan yang akan dibangunkan..Pihak pemaju terpaksa juga meneruskan projek pembangunan dikawasan tersebut kerana pemiliknya tetap bertegas tidak mahu mengalihkan kubur tersebut walaupun pampasan tinggi hampir setengah juta telah diberikan semata-mata untuk kubur 'demand' tinggi tersebut !




Kubur tersebut terletak di wilayah Taiyuan, di bahagian Utara China dan dikatakan merupakan kubur nenek moyang penduduk kampung Longbao berdekatan...Kubur di atas bukit yang telah diratakan di sekelilingnya itu telah ditawarkan pampasan sebanyak USD$160,454 @ (RM488, 903) oleh pihak pemaju kepada keluarga si mati..

Kerja-kerja pembinaan tersebut dijangka siap pada hujung April tahun hadapan..Bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan di sekeliling kubur atas bukit setinggi 10 meter itu tetap diteruskan buat masa ini sementara menunggu "tarikh bertuah" yang diidamkan oleh keluarga si mati itu ! hahah..

Sebelum ini kecoh tentang rumah di tengah-tengah lebuhraya di China yang mana pemiliknya enggan keluar berpindah ke kawasan lain kerana pampasan yang dikatakan tidak setimpal diberikan oleh pihak kerajaan..Rumah tersebut dikelilingi oleh jalan raya kerana ia terletak betul-betul di tengah lebuhraya..Rumah tersebut akhirnya telah berjaya dirobohkan setelah pemiliknya bersetuju dengan pampasan berjumlah USD$41,000 (RM124, 615) beberapa hari lepas..

Artikel : Rumah Di Tengah-tengah Highway




4 comments:

  1. kubur betoi ke ni?

    P.s : Mohon bantuan untuk Klik G+ entri ini iPhone 5 Gadget Impian

    ReplyDelete
  2. Salam, mereka (tuan tanah) menghormati perkuburan dan haq kawasan mayat. Akak menjemput rakan2 menyertai GIVEAWAY 001 CHEEZE MAZ .Link cara2 penyertaan ada di : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/giveway-sempena-iphone-5-gadget-impian.html

    Jika tiada masa menyertainya, harap sangat2 dapat membantu akak dengan :
    1) Tekan butan G +1 bagi entry http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html
    2) Vote akak di denaihati. Cara nak vote akak ada di entry : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/12/giveaway-001-tugasan-ke-2.html

    ReplyDelete
  3. Salam, mereka menghormati "tempat tinggal" nenek moyang. Akak menjemput rakan2 menyertai GIVEAWAY 001 CHEEZE MAZ .Link cara2 penyertaan ada di : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/giveway-sempena-iphone-5-gadget-impian.html

    Jika tiada masa menyertainya, harap sangat2 dapat membantu akak dengan :
    1) Tekan butan G +1 bagi entry http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html
    2) Vote akak di denaihati. Cara nak vote akak ada di entry : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/12/giveaway-001-tugasan-ke-2.html

    ReplyDelete
  4. macam tu pun ada, demand tinggi sangat kot, ahaks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...