Saturday 29 December 2012

Nelayan Tangkap Ikan Tapi Tertangkap Kereta Mewah Porsche !!


Kebiasaannya nelayan sering dikaitkan dengan aktiviti menangkap ikan di lautan..Tapi macam mana pulak sekiranya nelayan laut dalam yang menangkap ikan tapi lain yang tersangkut di jaring..Yang peliknya pula, tertangkap kereta mewah berjenama Porsche !! Ingatkan nak tangkap ikan, tapi tertangkap kereta mewah daa..Hahaha..~



Kereta mewah Porsche tersebut berjaya didaratkan oleh nelayan yang keluar memukat di perairan luar pantai Beihai, China..

Kereta Porsche tersebut dijangkakan sudah berada di dalam laut sekurang-kurangnya dua tahun mengikut perkiraan pakar-pakar yang menjalankan siasatan keatas kereta mewah itu..

Porsche Cayenne SUV tersebut dikatakan telah dilitupi dengan teritip dan juga rumpai-rumpai laut ketika ditemui tersangkut di jaring nelayan laut tersebut..

Menurut laporan, kawasan perairan dan kawasan sekitar pantai Beihai merupakan hotspot untuk penyeludup membawa masuk barang-barang seperti kereta mewah dalam usaha untuk mengelakkan diri dari tarif import yang dikenakan oleh kerajaan negara China..

Dipercayai penyeludup mungkin menolak kereta mewah Porsche tersebut ke laut selepas mengesan rondaan yang dijalankan oleh pihak kastam..


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...