Thursday, 17 January 2013

Tips Diet Kuruskan Badan Dengan Cepat Dan Berkesan


Semua orang mahukan bentuk tubuh badan yang kurus dan menawan..Mungkin ada yang nak kurus, tapi ada juga ke yang nak gemuk? Mungkin ada juga..Pastinya ramai tak kira lelaki atau perempuan yang nakkan tips, petua dan cara untuk kuruskan badan secara sihat..Petua dan cara ini mungkin boleh dijadikan sebagai tips diet untuk kurangkan berat badan dengan cepat dan berkesan..!

Secara umumnya semua orang tahu bahawa cara untuk kurangkan berat badan yang pertama sekali ialah dengan selalu bersenam samada berjogging mahupun melakukan apa sahaja aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh..Cubalah luangkan masa hanya 30 minit setiap hari melakukan aktiviti mengeluarkan peluh ini..Jangan terlalu memikirkan soal cara nak kurus tapi malas~

Jangan mudah percaya pada segala jenis iklan yang memaparkan kejayaan seseorang yang berjaya menguruskan badan! Sekarang ni memang banyak iklan yang memaparkan gambar seorang lelaki mahupun perempuan yang gemuk menjadi kurus..Ya, memang benar..Ingat, mereka sememangnya hanya mahu mencari untung sahaja..Indah khabar dari rupa..Yang habis wang beribu-ribu tu anda sendiri..Rugi-rugi..Nak kurusnya belum tentu lagi..Lagi baik anda yang menentukan diri sendiri untuk kurus !

Elakkan makan makanan yang berkalori tinggi dan banyak lemak kalau nak kuruskan badan dengan cepat dan berkesan..Paling baik makan makanan yang banyak serat..Setiap makanan yang dibeli akan tertera nutrisi diet di sebelah label pemakanan tersebut..Baca dan fahami kemudian buat keputusan samada nak makan atau tidak..

Cuba untuk tidak memikirkan soal berat badan anda itu..Jika difikirkan sudah tentu anda tidak senang duduk..Tambahan pula bagi mereka sering timbang berat badan..Kalau berat badan turun anda akan berasa gembira, kalaulah berat badan yang ditimbang naik macam-mana pula? Sudah tentulah fikiran bercelaru..Moral Down..Terus tak buat senaman dengan diet yang sepatutnya kan..Jadi, bila nak kurus?


Menghindarkan diri dari mengambil makan malam yang berat dan agak lewat jika nak turunkan berat badan berbanding jika anda nak cuba tambahkan berat badan.. : P ..Kadar metabolisme tubuh badan yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak..Jadi, lama-kelamaan secara tidak sedar lemak anda akan semakin bertambah dan mendorong diri untuk menjadi semakin gemuk..

Tips seterusnya ini bagi mereka yang banyak bergantung kepada produk-produk diet, produk untuk kuruskan badan dan sebagainya, cuba dapatkan nasihat daripada doktor pakar sebelum menggunakan produk tersebut dalam usaha dan cara anda untuk kuruskan badan..Pastikan produk diet turunkan berat badan yang dibeli adalah selamat dan disahkan oleh doktor. Tak kiralah produk untuk kuruskan peha sekalipun..

Selain tips itu, cubalah berkunjung ke gym dan lakukan senaman-senaman yang mampu seperti lakukan sit-up untuk kempiskan perut..Selain senaman sit-up untuk kempiskan perut, lakukan juga senaman-senaman lain yang mampu membentuk otot pada tubuh badan anda..Otot yang terbentuk ini secara tidak langsung ini petanda bahawa akan berjaya membakar segala lemak-lemak yang terdapat pada badan anda itu !

Tips dietpetua atau cara yang akhir sekali dan paling penting untuk anda ikut dalam usaha untuk kuruskan badan mahupun turunkan berat badan dengan cepat dan berkesan ini adalah dengan menentukan target realistik untuk kurangkan berat badan itu..Ingat jangan paksa diri untuk mencapai target yang tidak masuk akal seperti nak kurus dengan turunkan berat badan 10 kilogram dalam masa 2 hari, 3 hari, 4 hari, 5 hari, 6 hari, beberapa hari, seminggu @ sebulan! Buat pada kadar yang termampu sahaja ya..da jangan cepat putus asa..Anda penentu diri anda sendiri..Itulah kunci utama..Selamat berjaya kuruskan badan..!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...