4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Pekerjaan Pelik: Dibayar Untuk Menangis Di Majlis Pengebumian !


Klik Iklan Untuk Info



Thursday, 28 March 2013

Pekerjaan Pelik: Dibayar Untuk Menangis Di Majlis Pengebumian !



Keluarga yang dilanda kesedihan ketika kematian orang tersayang dan merasakan tidak ramai yang meratapinya ketika upacara pengebumian kini boleh mendapatkan khidmat profesional untuk berbuat demikian..!


Semakin ramai mendapatkan khidmat mereka dengan bayaran 45 pound (RM210) untuk upacara pengebumian selama dua jam. Mereka akan menangis selain turut berbicara dengan rakan si mati. Amalan itu bermula di Asia Barat dan China, tetapi ia kini kian popular di Britain.

Kumpulan ini yang dikenal sebagai ahli moirologi adalah pelakon terlatih yang mahir untuk tampil sedih di khalayak ramai.

Sebelum upacara pengebumian, mereka diberi taklimat ringkas mengenai kehidupan si mati agar mereka dapat berbicara mengenainya dengan orang yang menghadiri upacara itu seolah-olah mereka kenal rapat dengan si mati.

Pekerjaan itu sangat popular hinggakan sebuah firma di Essex kini mempunyai 20 kakitangan yang boleh melakukan tugas itu. Pengasas Rent a Mourner di Braintree, Ian Robertson mengakui idea itu mungkin jarang berlaku di kalangan masyarakat Britain, tetapi meramalkan ia akan mendapat sambutan ramai kelak. “Kami sebenarnya mendapat ilham daripada perkembangan perniagaan di China.

“Cara masyarakat Asia Barat ialah menyediakan kumpulan yang meratapi wanita menangis ia menyerlahkan lagi kaedah yang kami gunakan,” katanya.

“Ia kini semakin berkembang di Britain tempahan kami mencecah 50 peratus setiap tahun.

“Kakitangan kami akan bertemu dengan pelanggan terlebih dulu untuk membolehkan kakitangan kami mengenali si mati secara profesional atau secara sosial..Mereka akan dimaklumkan mengenai latar belakang, pencapaian, kegagalan dan lain-lain mengenai si mati agar mereka dapat berbicara dengan hadirin lain yang datang dengan yakin..

Syarikat itu mengiklankan di laman webnya: “Kami terdorong untuk membantu meramaikan upacara pengebumian yang mungkin kurang dihadiri..Ia mungkin perkhidmatan yang baru di kawasan atau di negara ini.” - Agensi


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist