4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Kenapa Umat Islam Haram Makan Babi


Klik Iklan Untuk Info



Monday, 28 October 2013

Kenapa Umat Islam Haram Makan Babi


Kenapa babi haram dimakan dalam islam..? Semua bangsa dari seluruh dunia dari zaman dahulu kala hinggalah sekarang menganggap BABI ialah binatang paling kotor dan hina lagi menjijikkan. Anologinya kebanyakkan orang di seluruh dunia akan mengucapkan kata-kata kesat apabila menyumpah seranah dengan mereka akan berkata “pig!”

Rasionalnya sejak turun-temurun BABI dianggap binatang paling hina di seluruh dunia. Islam merupakan satu agama yang benar dan mulia di sisi Allah SWT. Sebab itulah orang-orang yang mulia tidak akan memakan binatang dan daging yang hina lagi menjijikkan. Babi juga adalah binatang yang menjadi agen atau pembawa kepada banyak jenis kuman dan virus yang boleh menjadi penyakit merbahaya kepada manusia. Ia ialah pembawa sebenar cacing Pita yang boleh membawa maut.

Dr. Yoshihiro Kawaoka

Menurut kajian yang dijalankan oleh 12 Saintis yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Winconsin terhadap babi mendapati terdapat satu sistem di kerongkong babi yang membolehkan perbagai virus berkumpul di dalamnya dan ianya amat merbahaya kepada sistem badan manusia. Di akhir kajian tersebut, mereka telah mengistiharkan bahawa babi sebagai “mixing vessel” atau “bahtera pengumpulan kuman” sebagaimana yang diterbitkan di dalam Journal of Virology, 1997.

Selain daripada itu, babi juga didapati tidak mempunyai leher untuk disembelih sebagaimana haiwan-haiwan lain. Apabila sesuatu binatang itu tidak disembelih, darah dan kuman dari dalam badan haiwan itu tidak dapat dikeluarkan. Menurut ajaran Islam, darah binatang adalah najis. Kemungkinan faktor ini jugalah yang menyebabkan berkumpulnya virus di leher babi sebagaimana pendapat Saintis tersebut.

Agama Islam telah menerangkan bahawa babi berkait rapat dengan Iblis. Ini merupakan kepercayaan kuno yang tidak mustahil dan ada kebenarannya. Kita ambil petikan kisah Nabi Nuh sewaktu seluruh dunia ditenggelami banjir. Iblis turut berada dalam bahtera tersebut. Oleh kerana terlalu lama di atas bahtera, segala kotoran haiwan, manusia dan sampah-sarap bersepah di merata tempat. Akhirnya Nabi Nuh meminta pertolongan dari Allah SWT untuk membersihkannya, lalu Allah SWT menyuruh Nabi Nuh mengusap kepala seekor gajah dan terciptalah tikus yang memakan segala kekotoran tersebut. Semasa kejadian itu, Iblis pun turut berbuat demikian lalu terciptalah BABI.

Bukti kewujudan kuman dan virus ini telah dirumuskan oleh Dr. Daniel S. Shapiro, Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Central, Massachusetts yang mengklasifikasikan jenis-jenis penyakit yang boleh dijangkiti dari babi seperti Anthrax, Ascaris suum, Botulism, Brucella suis, Cryptosporidiosis, Entamoebe polecki, Erysipelathrix shusiopathiae, Flayobacterium, Influenza, Leptopirosis, Pasteurella aerogenes, Pigbel, Rabies, Salmonella cholerae suis, Salmonellosis, Scabies, Streptococcus milleri, Swine vesicular disease, Taenea sollium dan Yersinia enterocoliticia.

Koleksi penyelidikan Dr. Daniel S. Shapiro

Pada tahun 1997, Saintis telah menemui virus baru yang berpunca daripada kuman yang terdapat pada babi seperti Porcine torovirus, Porcine rotavirus (Variant 4F), PRRS (Porcine Reproduce and Respiratory Syndrome) dan H3N2 (Swine Flu-Virus).

Berdasarkan kepada faktor sejarah, penyerangan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan babi bermula dengan Spanish Flu (1918), Asian Flu (1957), Hong Kong Flu (1968) dan Russian Flu (1997).

Rumusan yang boleh dibuat hasil daripada kajian mendapati virus dari babi ini adalah canggih. Ia sentiasa berubah bentuk dan menyerang manusia dalam bentuk baru (mutasi), sekiranya manusia dapat mencari penawarnya. Begitulah keburukan dan kemusnahan yang dibawa oleh BABI kepada manusia.

“Kepada yang beragama Islam, marilah kita meninggalkannya. Kepada orang bukan beragama Islam pula, katakan tidak pada BABI…..”
link: apanamadotcom


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist