Monday 21 October 2013

Sejarah Tentang Rokok Dan Bahaya Merokok


Siapalah agaknya manusia pertama menghisap rokok sehingga tabiat merokok menjadi amalan umat manusia di muka bumi ini walaupun kita sedia maklum mengenai bahaya merokok ini ?  Jika dilihat dari faktor sejarah jenis rokok yang dihisap sekarang, ia bermula daripada negara Amerika.

Tembakau pada asalnya digunakan oleh kaum peribumi Amerika sebagai bahan puja dalam upacara keagamaan mereka. Ia hanya boleh digunakan oleh orang-orang tertentu saja terutamanya bomoh. Mereka percaya tembakau adalah satu anugerah dari Tuhan untuk kegunaan manusia. Mereka percaya dengan menyedut asap tembakau, para bomoh akan mengalami keadaan istimewa di mana permohonan mereka akan menjadi kenyataan.

Selepas kedatangan orang Eropah ke Amerika. Tembakau mula menjadi barang komersial berharga di mana orang menghisap tembakau dalam upacara-upacara penting dan juga ketika perbincangan perniagaan. Teknik menghisap rokok juga diperbaiki menjadi semakin maju sehinggalah ia merebak ke seluruh dunia dan menjadi salah satu sumber kekayaan.

Christopher Columbus dalam pelayarannya pernah mencatatkan bahawa beliau melihat orang biasa membawa daun tembakau sebagai bekalan dalam perjalanan mereka kerana kepentingannya dari segi perubatan dan kesihatan.

Penduduk di Cuba pada zaman dahulu dilaporkan akan memasang jamung yang diperbuat daripada daun tembakau untuk dibakar dan menyebabkan banyak asap keluar memenuhi kampung. Mereka menjadikan asap tembakau sebagai bahan pencegah pelbagai penyakit dan juga digunakan bagi menghilangkan rasa keletihan.


Para saintis juga melaporkan bahawa asap tembakau merupakan bahan terapi yang baik yang boleh digunakan dalam rawatan jiwa.

Daun tembakau sudah berabad-abad lamanya digunakan sebagai bahan kawalan serangga perosak dikawasan perladangan. Daun tembakau yang ditumbuk dan dicampur dengan air setelah diperam selama 1 hari jika dicampur dengan beberapa sudu sabun boleh direnjis pada tanaman untuk membunuh berbagai serangga, bakteria dan juga fungus.

Nikotine yang ada pada tembakau mampu menyerap masuk ke dalam badan terus melalui kulit manusia. Kita akan merasa mabuk, pening, nak muntah, dan sukar bernafas.

Pendedahan kepada serapan Nikotin mendatangkan kesan selepas 3 jam di mana kita akan mula mengalami kejang otot perut, senak perut, suhu badan naik, degupan jantung bercelaru dan tekanan darah naik. Kesan ini akan kekal selama 3 hari.

Di Nusantara ini juga orang kita biasa merokok dengan menggunakan tembakau yang dibalut dengan daun nipah. Tembakau juga banyak digunakan sebagai salah satu bahan perubatan tradisional oleh bomoh kita dahulu dan juga sekarang.

Barangkali tradisi menggunakan asap tembakau sebagai alat perubatan merupakan pencetus kepada tabiat merokok penduduk dunia sekarang ini termasuklah di negara kita. Cuma orang kita tidak membina idea merokok dengan lebih canggih sepertimana orang eropah di satu masa dahulu. Ada yang masih kekal dengan tembakau jawa dibalut dengan rokok daun sahaja sehinggalah sekarang. Link


Sebab kenapa Bahaya Merokok..Berikut adalah beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok yang di hisap serta mampu memberi kesan negatif kepada kesihatan ~

Nikotin , kandungan yang menyebabkan perokok merasa rileks .

Tar , yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen.

Sianida , senyawa kimia yang mengandungi kumpulan cyano .

Benzene , juga dikenali sebagai bensol , kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna.

Cadmium , sebuah logam yang sangat beracun dan radioaktif.

Metanol ( alkohol kayu) , alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol.

Asetilena , merupakan sebatian kimia yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.

Ammonia , boleh didapati di mana- mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur- unsur tertentu.

Formaldehid , cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat.

Hidrogen sianida , racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai zat pembuat plastik dan racun perosak.

Arsenik , bahan yang terdapat dalam racun tikus.

Karbon monoksida , bahan kimia beracun yang ditemui dalam asap buangan kereta dan motor.


Inilah Sebab kenapa Merokok itu sangat Bahaya.. Merokok membahayakan kesihatan..Apapun, terpulang..~



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...