Friday 1 February 2013

Restoran Barbie Pink Pertama Di Dunia


Dengan bertemakan pink sebagai warnanya, restoran Barbie ini dibuka untuk peminat-peminat watak patung Barbie..Ia merupakan satu-satunya restoran berkonsepkan kafe Barbie yang pertama dibuka di dunia..



Bertarikh 30 Januari, secara rasminya restoran yang berkonsepkan Barbie doll sepenuhnya ini dibuka kepada umum di Taipei, Taiwan..

Keseluruhan restoran seluas 660 meter ini dihias dengan dekorasi bewarna pink (merah jambu) bertemakan Barbie termasuklah para pekerja lelaki dan wanitanya yang memakai pakian bewarna pink yang sesuai dengan tema watak patung Barbie yang digilai ramai..

"Kami memilih Taiwan kerana tema restoran Barbie ini sangat popular dan berjaya di sini..Kami amat yakin bahawa Cafe Barbie boleh mempromosikan imej jenama kami menurut kenyataan dari Iggy Yip, pengurus kanan Mattel Greater China, pembuat patung ikonik tersebut..



Shiao Yu, salah satu daripada pengunjung pertama yang mengunjungi Kafe Berbie berkata, "Saya rasa seperti anak patung Barbie di dunia dongeng, dan saya berasa seperti seorang puteri..Ia amat mengasyikkan..

Barbie Cafe ini dilaporkan menelan kos sehingga $ 1,7 juta dengan pelabur yakin ia merupakan pelaburan untuk jangka masa panjang..Satu perkara yang menarik tentang tempat ini ialah peminat Barbie tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menikmati 'fairy-tale' di sini kerana setiap satu hidangan hanya bernilai $ 10 dan anda mempunyai banyak hidangan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam..

Entri Berkaitan: Inilah Wanita Cantik Yang Menyerupai Watak Seperti Patung Barbie !


3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...